Berusaha
Tahun 2009 ini aku cuba jadi kan satu waktu yang lebih mencabar. Di mana ketika ini sedang hebat melawan nafsu untuk melupakan buku ilmiah dan menghampiri monitor Acer yang di 'connectkan' pada CPU di belakangnya. Di mana ketika ini hati melonjak ingin tahu di mana aku akan berada 5 tahun akan datang, berniaga atau menganggur? Di mana aku menanti setiap hari berlalu untuk aku cuba tidak membazir setiap saat dengan hanya merenung memikirkan keadaan sekeliling tanpa sedar matahari terbenam tanpa aku membuka satu pun helaian Addiotional Mathematics apatah lagi Al-Quran yang sedikit sebanyak berhabuk. Setiap insan, makhluk ALLAH, beragama Islam mahupun bukan, ingin sekali mencapai satu anjakan paradigma untuk menjadikan tahun itu lebih baik daripada tahun sebelumnya. Namun aku kurang pasti definisi " LEBIH BAIK " itu bagaimana bagi sesuatu individu. Ya, erti kata lain. Adalah azam tahun baru. Alangkah baik sekiranya azam itu aku laksanakan dengan mudah. Selepas 16 tahun...