15 tentang aku

Aku kena tag ngan Jebon, tak lah specifically tapi aku nak buat. Haha.

  • Aku lahir tak cukup bulan, tapi berat sama dengan bayi cukup bulan.
  • Tahi lalat atas hidung aku dulu kecik, sekarang besar, mak aku cakap taik lalat hidup. Aku cuak. Tak nak jadi macam Azean Irdawaty dan Rosnah Mat Aris =_='
  • Aku mula pandai eja nama sendiri umur 4 tahun lepas satu buku penuh dengan nama aku jek, jadi dia suruh makcik aku ajar. Mak aku cakap nama aku susah. Dia takut aku tak reti eja. An-Zurie Ayesya, susah ke?
  • Aku abnormal. Sehari aku kencing 2 kali je. Tak kira aku minum banyak mana.
  • Aku suka Po-oh. Aku sanggup beli buku, tisu, kotak untuk cover Po-oh sahaja.
  • Aku tak bertuah cam korang, boleh baca dalam perjalanan, kereta, kapal terbang, submarine. Kau sebut je. Dalam 20 seconds aku dah pening.
  • Aku tak suka teddy bear. Aku suka anak patung haiwan lain yang warna striking dan pelik.
  • Aku tak suka menyukai apa yang orang lain suka dan obses. umm..paham ke?
  • kaki aku size 9, memang tahap kritikal nak cari sandal or flats. Tapi sedap aku tendang orang
  • Tabiat aku suka tarik bulu mata, pastuh menyesal sebab bulu mata aku dahlah sikit =_='
  • Aku benci golf and aku tak faham kenapa orang panggil golf tuh sukan.
  • Aku ada 5 warna kegemaran and kat dunia ini ada seorang jek yang tau selain aku. Tapi aku yakin yang Hamba ALLAH tuh dah lupa.
  • Sebelum An-Zurie Ayesya, sepatutnya nama aku antara Dhiya Zuriesyah, Dhania Dinyzurie atau Zurie Ily'Aisyah. Yang ini aku tak taulah berapa banyak buku perlu aku tulis sebelum aku pandai eja nama aku :D
  • Mak aku cakap tulisan aku macam cacing kerawit, aku tak kisah. Aku nak ubah. Tapi pergi sekolah cikgu cakap tulisan aku macam doktor. Aku tersengih lepas tuh aku Amin kan. Balik rumah aku tengok tulisan mak aku. =_=' Dalam hati aku cakap, ini tulisan doktor pakar kot.
  • Aku belum mandi, semasa temubual ini dijalankan. hahah :D

Comments

Anonymous said…
er..btol2 tu sume
mmg name kau sedap.
hoho jeles2..
tapi xpe aku ad surname..
kau tade..hahahah
erk..kencing pon nk ckp ke hahha
bravo!
keep up the gud work!
xD

smile always~~
=D

Popular posts from this blog

Eyes Opened Wide, Heart Opened Wider, Mind Got Wiser

Never knew I'm so lonely that I'm the loneliest person among all the loners

Not so good in English now, are you?