Berusaha
Tahun 2009 ini aku cuba jadi kan satu waktu yang lebih mencabar. Di mana ketika ini sedang hebat melawan nafsu untuk melupakan buku ilmiah dan menghampiri monitor Acer yang di 'connectkan' pada CPU di belakangnya. Di mana ketika ini hati melonjak ingin tahu di mana aku akan berada 5 tahun akan datang, berniaga atau menganggur? Di mana aku menanti setiap hari berlalu untuk aku cuba tidak membazir setiap saat dengan hanya merenung memikirkan keadaan sekeliling tanpa sedar matahari terbenam tanpa aku membuka satu pun helaian Addiotional Mathematics apatah lagi Al-Quran yang sedikit sebanyak berhabuk.
Setiap insan, makhluk ALLAH, beragama Islam mahupun bukan, ingin sekali mencapai satu anjakan paradigma untuk menjadikan tahun itu lebih baik daripada tahun sebelumnya. Namun aku kurang pasti definisi "LEBIH BAIK" itu bagaimana bagi sesuatu individu. Ya, erti kata lain. Adalah azam tahun baru. Alangkah baik sekiranya azam itu aku laksanakan dengan mudah. Selepas 16 tahun kehidupan aku yang menyedari bahawa perkataan 'azam' tidak pernah menjadikan apa-apa perubahan jadi ini bukanlah azam tahun baru aku.
Setiap hari aku cuba melakukan sesuatu yang menyenangkan hati bondaku yang bergelar mama, namun ada sahaja makhluk bertanduk dua datang menghasut menyebabkan aku terus bertindak tidak sewajarkan.
Moga tahun ini aku anak yang lebih Solehah. AMIN.
Setiap saat aku gentar dengan memikirkan masa hadapan aku di duniawi. Aku kaget melihat orang sekeliling, berita di kaca tv, radio semasa malah surat khabar yang kini menjadi bahan bacaan kegemaran aku. Mungkin itu satu lagi perubahan yang telah aku lalui dlm masa beberapa bulan ini. Aku kaget ketika mendengarkan mengenai masyarakat yang dipijak-pijak dan di'underestimate' kerana tiada kelulusan dari sesebuah institusi. Aku trauma melihat manusia yang tidak kenal erti dosa hanya untuk mencari sesuap nasi. Aku resah bila memikirkan peningkatan statistik mahasiswa/mahasiswi yang menganggur. Aku terfikir. Berapa 'A' yang tercatat pada kelulusan SPM aku dlm masa 14 bulan akan dtg?
'Alah, lepak lah. Banyak lagi masa sebelum SPM. Jomlah kita pergi The Curve.'
'Kau nih tak rock arh, kita ponteng sehari jek bukan seminggu.'
Biasa dengar kata2 ini? Kurang aku pasti, mungkin mereka Genius yang hanya memerlukan beberapa minggu untuk menelaah dan bersedia bertempur di dalam dewan bersedia diserang helaian2 putih. Atau mungkin aku yang kurang bijak kerana gusar masa yang ada aku rasakan sangat pendek? Tidak dapat aku sediakan konklusi itu. Satu harapan aku;
Moga aku lebih disiplin dan bersemangat melawan panggilan nafsu untuk berjaya. AMIN
Panjang sangat ke entry aku nih? Maaflah, aku bosan melihat orang terpekik terlolong di dalam kaca televisyen apatah lagi menurut serta berada di antara belia-belia, makcik-makcik, anak-anak dan datuk-datuk yang menunggu saat percikan bunga api dilepaskan. Aku bukan bias atau ingin mengatakan tindakan mereka salah di sisi undang-undang ISLAM ataupun Malaysia tapi alangkah indahnya sekira jumlah jemaah Islam di masjid yang disediakan karpet dan air-condiotioner adalah seramai jumlah rakyat Muslim yang rela menyakitkan punggung duduk di atas jalan tar semata-mata menunggu artis menyanyi di atas pentas? Aku bukanlah Muslim yang terbaik, tidak aku katakan aku Muslimah yang terhebat. Aku juga sedang memperbaiki diri ku ini, terima kasih Kereta Mayat (thanks Mun yg memberitahu aku ttg blog ini) aku dapat sedikit sebanyak ilmu yang dapat aku tambahkan. Sedikit hampa blogger nya telah berhenti memberi idea. Ini juga harapan aku;
Semoga aku menjadi muslimah yang lebih taat padaNYA. AMIN.

Selamat Tinggal 2008
Comments
SPM 1oA!
wohohohohohohohohohoho...
blaja oo blaja...