Dapat malu jadi anak Melayu
Sebab title post kali nih mengenai anak Melayu, jadi aku akan menaip dalam bahasa Melayu. Kira-kira pada pukul 1630, Sabtu, 12 September 2009 dimana aku dalam perjalanan nak pulang ke rumah. Sebagai anak watan yang masih belum berkemampuan nak membeli sebuah kereta untuk mengulang alik kemana sahaja, jadi pilihan terbaik adalah LRT. Dari Masjid Jamek ke Wangsa Maju, dengan tiket plastik yang dah usang kerana di guna mungkin berpuluh-puluh kali oleh berbagai jenis manusia yang berharga RM2.10, aku yang ibarat sudah tercabut urat betis akibat perjalanan yang amat jauh untuk menemani kakak tiri aku untuk mencari sehelai tudung yang berharga RM10, mengucap kata syukur sebab masih terdapat tempat duduk utk aku melabuhkan punggung. Akibat penat yang teramat, aku tak mengeluarkan sepatah kata dengan kakak tiri ku itu, walaupun untuk menegur bagaimana dia tersengguk-sengguk dalam tren sebab mengantuk.
Namun aku tetap memasang telinga dan mata ku tetap melilau sekitar tren tersebut. Berada 2 tempat duduk di sebelah kanan aku, terdapat sepasang pasangan tua yang sedang bercakap sesama sendiri. Melihatkan jumlah dan saiz bagasi bersama mereka, aku yakin mereka sedang meniti perjalanan utk ke rumah anak mereka. Hati aku kuat membantah sikap anak mereka yang kurang arif dengan keadaan ibu bapa nya yang sudah berumur dan kudrat yang diperlukan utk mereka sampai ke kediaman anak mereka itu tentu memenatkan. Tetapi, mungkin juga aku salah sangka dengan keadaan tersebut. Nenek tuh memakai tudung putih, berbaju kurung hitam pudar. Manakala atok di sebelah nya tidak lekang dengan kopiah di atas kepala sambil termenung mengenangkan apa aku tidak tahu.
Berada di hadapan mereka pula, seorang warga Malaysia berbangsa cina, berumur dalam 20-an. Dia memakai sweater putih, ear phones di leher, dan sebelah kiri telinganya bertindik. Terdengar suara nenek tersebut bertanyakan pada si dia. "Tak sakitkah nak tindik telinga tuh?" Aku masih tidak meragui tujuan nenek tersebut bertanyakan sedemikian. Kelihatan lelaki muda tersebut seperti gelisah. Aku tidak dapat mengesan punca kegelisahan tersebut sehingga mendengarkan nenek itu berkata "Nenek pun tak tindik telinga" sambil memegang telinga kanannya di atas tudung. Lelaki cina itu tergagap-gagap. Mungkin kurang fasih berbahasa Melayu ataupun gugup kerana takut akan soalan warga tua itu. Aku di sebelah hanya memandang dari jauh perbualan mereka yang aku rasa kan sangat menarik.
Lelaki cina itu membuka mulut, tangannya juga resah, apabila aku lihat dia sudah memegang-megang telinganya yang telah ditindik itu. Dia mengatakan, "saya selalu nampak lelaki melayu pun bertindik sekarang" dengan pelat nya yang agak nyata. Nenek itu cuba membantah, "dalam Islam lelaki tidak boleh bertindik" nenek menegaskan. Lelaki itu masih cuba mempertahankan prinsipnya. "Ramai kawan melayu saya bertindik" Nenek kata, "itu lelaki Melayu, bukan Islam." Sampai di stesyen Dang Wangi nenek dan atuk tersebut, mengusung beg dan keluar dari tren tersebut. Perbualan terhenti selepas nenek mengucapkan selamat tinggal pada lelaki muda tersebut dan menghulurkan senyuman ikhlas.
Persoalan yang timbul di benak aku sekarang ialah, bukankah semua warga Melayu diwajibkan beragama Islam? Bukankah mendengarkan seseorang yang kita anggap tidak betul ajaran agamanya telah menunjukkan keburukan kita adalah sesuatu yang memalukan? Dalam ajaran Islam, kita perlu menunjukkan contoh yang baik pada warga bukan Islam untuk membuktikan kebaikan dan kebenaran Islam, tapi, dengan keadaan remaja Melayu yang bertindik, di telinga mahupun di perut. Yang selamba menghisap asap rokok di dalam kereta dan yang tidak segan silu meneguk arak tuh bagaimana pulak? Kita menunjukkan keburukan kita, bukannya membuktikan keindahan ajaran agama Islam. Serius, aku yang berada dalam perut kereta api itu, malu mendengarkan setiap patah perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu.

Speechless,
Comments
pstt, kalo kau nk tau kan, bujey pun pernah tindik tau.
ko rindu die ek?
aku no comment....
0___0
race n religion r 2 different things.. :)
....satu lagi penulis blog jgn takrif Melayu di Malysia sj bangsa Melayu ni luas di Nusantara dan bukanya smua beragama Islam..jgn sempitkan fikiran