Dapat malu jadi anak Melayu
Sebab title post kali nih mengenai anak Melayu, jadi aku akan menaip dalam bahasa Melayu. Kira-kira pada pukul 1630, Sabtu, 12 September 2009 dimana aku dalam perjalanan nak pulang ke rumah. Sebagai anak watan yang masih belum berkemampuan nak membeli sebuah kereta untuk mengulang alik kemana sahaja, jadi pilihan terbaik adalah LRT. Dari Masjid Jamek ke Wangsa Maju, dengan tiket plastik yang dah usang kerana di guna mungkin berpuluh-puluh kali oleh berbagai jenis manusia yang berharga RM2.10, aku yang ibarat sudah tercabut urat betis akibat perjalanan yang amat jauh untuk menemani kakak tiri aku untuk mencari sehelai tudung yang berharga RM10, mengucap kata syukur sebab masih terdapat tempat duduk utk aku melabuhkan punggung. Akibat penat yang teramat, aku tak mengeluarkan sepatah kata dengan kakak tiri ku itu, walaupun untuk menegur bagaimana dia tersengguk-sengguk dalam tren sebab mengantuk. Namun aku tetap memasang telinga dan mata ku tetap melilau sekitar tren tersebut. Berada 2 ...