Bagi aku kayu, aku ketuk bola kau dulu

Rata-rata aku tengok orang bawak hockey stick, maklumlah. Awal tahun, semua sibuk menghitamkan diri berejam2 dibawah terik mentari. Buat apa? Tika inilah kau tahu, siapa yang 'the jocks in school' and siapa yang 'nerdy'.

Jiwa aku memberontak. Aku jeling kayu hoki tuh. Slazenger memanggil-manggil. Grays menjerit-jerit. Apa aku boleh buat? Aku biarkan saja diri aku yg berbaju kurung biru..menghampiri Slazenger. Biarlah semua kaum Adam tuh memandang, biarlah cikgu berkerut dahi. Di saat aku memegang kulitnya, indahnya perasaan degupan jantung aku. The curves yang ada pada Slazenger tuh..masyaALLAH. indahnya..

Aku melangkah menghampiri bola putih itu. Aku ciumkan Slazenger dan bola itu, belum sempat aku dribble the ball.."woiii gemok! kau nak buat apa huh? Pandai ke main hoki? Takat gemuk camtuh takyah tunjuk kebodohan kau lah weihh!" Dari jauh kedengaran suara yg dtg dari mulut kaum Adam berbaju hijau striking itu. WTF?


Aku jeling, aku hit bola tuh masukkan dlm gol dari center gelanggang dengan drag hit yg paling kuat pernah aku buat. Gedegang bunyi bola menghentak dinding gol tu. Aku tahu keluasan diameter mulut jantan itu sekarang. Aku ambil bola yang aku hit tadi dan pass kepada mamat tadi then aku blah.

yeah, memang aku gemuk..tahap gorilla kuasa 14. So? orang gemuk nih tak bagus in sports? Hello, brother baju hijau, aku main hoki for almost 3 years, Form 1 aku mewakili zon Melaka, masa aku 14 I was in the A team, which is the best team in Dunedin (New Zealand) for 2 years.


Aku bukan nak brag, but please tolong jangan rasa diri korang hebat kalau korang terpilih sbg wakil sekolah and underestimate people. Kalau setakat wakil sekolah tapi still stop bola guna kaki (which is a foul in hockey) and not able to stop the ball that coming towards you, WTH?



Cermin diri sendiri dulu ye bang?

Comments

NAZ said…
uh realy its u? sgt cool :)
fezaL Mohd said…
last sekali ak pegang
kayu hoki

kejo anjing liar. ;p

Popular posts from this blog

Eyes Opened Wide, Heart Opened Wider, Mind Got Wiser

Dunia sekeliling