Dikejar pakcik yang sedang menyanyi Pok Amai-Amai

Baru aku tahu, seksanya tuisyen. Apa kaitan dengan tajuk post? Sabar dulu.
Baru aku tahu seksanya bila ibu tiada. Mama cepatlah pulang, tiada sape nak anta pegi tuition. :( Hari Khamis, Seperti biasa, sibuknya di sekolah mengalahkan secretary menjawab telefon. Sibuknya sebagai pelajar bagai Menteri mencari undi. Kimia di Rumah Encik J malam nih bagaimana? Siapa nak hantar? Benak bengkak. Kembang kuncup memikirkan wajar atau tak untuk aku ponteng dan berdengkur di rumah instead. I knew it was not a good idea after all because of all maggots and ants in my stomach knows it better. Kenapa ulat & semut? Sebab semua org ada butterflies, aku nak unik sedikit.

6.30 p.m. Pergi atau tak? Aku dengan malas sambil tolak rambut ke belakang..capai tuala, hempas pintu terus menyerahkan diri aku kepada pancuran air. Mandi, benak kembang kuncup lagi, menanya soalan yang sama berulang kali

"PERGI KE TAK?!"

Jikalau soalan ini yg ditanya dlm Paper Bahasa Melayu 2 SPM 09 nanti memang aku maki hamun kertas itu walaupun tiada unsur bersalah sikit pon. Nenek terlolong memekik, sama seperti benak ku. Menanyakan soalan yang sama. Aku tensed. Sabun mandi aku patah2kan.

Akhirnya aku menulis jawapan aku. Figuratively. Terus sarungkan baju. Lilit tudung. Aku turun ke stesyen bas pada pukul 7.45 p.m. Yes, not a good thing kan? Waktu maghrib, aku gelisah tunggu bas T304. Aku kuis rumput, kuis pasir atau apa2 sahaja makhluk di depan mata ku. Alhamdulillah tidak ketemu makhluk ALLAH yg berkaki empat. 7.50. Tiga teksi meluru datang ke arah ku. Soalan kedua benak ku kembang kuncup.
Wajar naik teksi? Aku tidak kisah tetapi ternampak kelibat nenek ku menjenguk di luar tingkap. TIDAAK! Kalau dia tahu aku naik teksi seorang diri. MAMPUS!

7.55 p.m Aku dah resah. You know what? I'll just walk for 20 min! Aku pun berjalan. Berlari anak. Kedengaran suara sayup2 di belakang. Kereta yang lalu-lalang di jalan raya sudah berkurangan. Gelap nya jalan. Bodoh MPAJ tak repair lampu jalan! Aku tak berani nak toleh belakang. Aku terus berjalan. Aku tak nampak apa kat depan. Aku tak nak tengok apa di tepi. tiba-tiba kedengaran surah Yasin berkumandang di telinga aku. ****!

Jantung aku gugur, tapi aku sempat kutip balik sebelum darah berhenti. Oh, rupanya tuh Yasin Mp3 di Cyber-Shot K800 aku. Aku tergelak seorang diri dan ada orang yang gelak lebih kuat dari ku.

"Pok amai-amai belalang kupu-kupu, tepuk biar pandai malam nanti upah susu..." Kuatnya suara kaum Adam itu menyanyikan lagu kegemaran ku ketika berumur 4 tahun. Kali ini aku beranikan diri.

Aku toleh ke belakang.

Rambutnya Putih, panjang, wavy. Seluar nya jeans. Koyak di lutut. Melalak seorang diri dan senyuman nya menunjukkan gigi tengah yang hilang.

Aku berjalan terus, takut untuk lari. Aku berjalan, berjalan lagi. Tidak tahu apa akan jadi.



Itu lah dia, journey aku ke tuisyen Chemistry :)

Comments

persoalan, sape kaum adam tuh? =.="
Anonymous said…
tu mest pak cik gila yg slalu jln sorg2 kat area melawati tu kan?
HAHAHA
sabrina said…
weyh!
ye ke?
ko ni!
m'buatkan aku lg x nak gi tuisyen...
bagus2...
tp kan, laki tu gle ke?
x da lagu lain nk nyanyi tok ko..
adoi!

Popular posts from this blog

Eyes Opened Wide, Heart Opened Wider, Mind Got Wiser

Never knew I'm so lonely that I'm the loneliest person among all the loners

Not so good in English now, are you?