Dunia penyiaran
Aku mengucapkan rasa tahniah setinggi langit kepada dunia penyiaran Malaysia, spesifikasi kepada iklan-iklan mengenai keselamatan jalan raya (INGAT) yang aku pasti menarik perhatian semua bangsa, barisan umur dan juga perbezaan jantina. Senyuman bangga ketika menonton setiap iklan INGAT yang dipertontonkan di RTM pasti bertambah selepas beberapa siri Iklan mengenai keselamatan jalan raya itu ditambah. Idea yang sangat kreatif pastinya dihargai semua dan tutur kata setiap watak di dalam iklan itu tentunya sudah lekat di minda. Aku juga seronok meniru aksi Atuk yang kononnya berpengalaman itu dan kemudian aku tergelak sendirian. Aku juga tahu aku tidak keseorangan, kan? :D Jadi aku harap, taraf kartun-kartun yang sedang diusahakan oleh kartunis-kartunis Malaysia akan dinaik taraf (tidak gunakan suara orang dewasa, dan penulisan skrip yang lebih menarik) untuk menarik minat lebih ramai warganegara untuk menyokong hasil kerja orang Malaysia
Mungkin selama ini kita sering memperkotak-katikkan kemampuan Malaysia untuk mencapai standard negara lain dalam dunia grafik. Aku pun begitu, lebih-lebih lagi ketika Cicak-Man mula dikeluarkan.
Namun aku tunduk dan menarik kata-kata aku yang telah memperlekehkan bakat orang Malaysia dan keunikan mereka tersendiri.
1) Ketika itu aku pelik kenapa menggunakan sebuah negeri "imaginasi" jikalau kriteria Malaysia yang mereka inginkan. Tapi sekarang aku faham. Dalam semua action-fiction movies pun semuanya imaginasi bukan?
2) Tidak faham motif lawak bodoh yang cuba ditunjukkan. Konklusi aku, mereka ingin mencari audiens yang lebih ceria.
Walaupun aku belum menonton Cicak-Man 2, aku yakin aksi yang ditunjukkan akan memberi impak yang lebih mendalam setelah memahami "the making of Cicak-Man 2". Walaupun aku kurang gemar apabila pelakon dari negara jiran dipilih untuk memainkan watak "villain". Tidak cukupkah pelakon wanita di negara kita? Atau semuanya tidak berani? Apa-apapun, semoga Cicak-Man 2 mendapat kritik yang cemerlang.

Comments
Sebenarnye ade a few company lain dlm planning nak wat 3D animation, but to me diorg jgk ptut improve 2D animation jgk.
bt anw, all the best utk Malaysian CGI Technology!
=D