Cicak, wahai cicak

Aku benci dengan kau cicak. Kau sgt menjengkelkan. Kau ronda dapur aku seperti kau polis patrol. Kau melangkah dgn bangganya atas lantai rumah aku macam kau bayar sewa. Kau tak malu buat bunyi utk bagitahu kau ada di atas siling rumah aku.

Cicak, kau menjadi sebab aku mencarut dalam rumah, kau menjadi sebab aku menjerit mcm budak perempuan. Kau juga menjadi sebab aku takut nak bukak almari dapur. Kau kurang ajar cicak.

Aku trauma dengan kau cicak. Kau berada di bawah tapak kaki aku masa aku nak basuh pinggan, kau bodoh. Aku kesian, ingat kau getah. Apa lagi. Aku lenyek abes2. Ingatkan getah. Tapi aku rasa darah. Aku tgk bawah. Kau dah lari, darah kau kau tak malu tinggalkan atas lantai dapur aku. Ekor kau tanpa segan silu menjentik-jentik tergedik-gedik bergerak-gerak. Aku benci kau cicak.

Cicak, kau jahat. Kau buat aku benci pada Iguana. Dia tak salah. Tapi aku benci dia. Kau jahat cicak, kau berak atas kabinet dapur aku. Kau kejam cicak.

Cicak, aku minta maaf sebab ganggu kau ketika kau sedang berasmara dengan awek kau di bawah helaian surat khabar hari tuh. Aku tak sangka kau tak tahu malu, buat seks di tengah-tengah laluan dapur ke ruang tamu aku. Gara-gara aku terpijak helaian surat khabar tersebut dengan kaki bersaiz 7 aku ini, telah menyebabkan awek kau putus leher kerana kau sedang buat love bite pada dia. Tapi awek kau belum mati, urat halkumnya masih terlekat, dia lari meninggalkan kau seorang di tengah-tengah highway tersebut yg sedang berlawan dengan ajal kau. Aku mintak maaf sebab pijak perut kau dan menyebabkan kaki kau lumpuh sehingga kau tak boleh lari. Aku tahu akhirnya kau dan kekasih kau mati gara-gara pijakan aku. Mungkin kau sedang dikenang mereka (komuniti cicak), kerana menjadi iktibar agar jangan buat seks di tengah-tengah highway lagi.

Cicak, terima kasih kerana menyebabkan rakan-rakan aku meraung kegelian tika melihat bukti pembunuhan kau pada hari tersebut.




p/s: aku mintak maaf kerana lambat kebumikan kau hingga sesetengah kulit kau dimakan semut.


Comments

Tasnim said…
Kihkih ;D
dashyat benarrr..
haha.
Anonymous said…
sedeh uhh, yg part cicak tgh berasmara tuh ;((

Popular posts from this blog

Eyes Opened Wide, Heart Opened Wider, Mind Got Wiser

Never knew I'm so lonely that I'm the loneliest person among all the loners

Not so good in English now, are you?